kalau dulu, masa tengah belajar,
tengok orang berchenta kita pon sebok nak berchenta jugak.
padahal dah tahu agama melarangnya.(adess, kena sebijik!)
kalau dulu, ada orang berkenan kat kita, terus declare dan berchenta,
tengok kawan2 yang duk berchenta merancang nak bertunang,
kita pon sebok nak bertunang jugak. biar pon tak abis blajar lagi time tu.(tapi tak kesampaian pon!)
dah agak lama berchenta,(2tahun +++)
tengok orang kawen, kita pon sebok nak kawen jugak.(ada merancang, tapi kewangan membantutkan.haih!)
sabau aje laa tengok kawan2 kawen.
ok takpe, kita keje dulu k sayang? kumpul duit dulu, pastu kita kawen k?
ok, sambung berchenta lagi.
actually after dah masuk tahun ke-3, hati dah frust dan tak mengharap sangat dah. maybe sebab lama sangat tunggu kan..hanya bertawakkal je pada Allah. masa tu tekad dalam hati, supaya hati tabah menerima segala ketentuanNya.(memang hati dah ruptured sikit,uhuk!)
berchenta punya berchenta,
abis belajar, keje tetap pon dah dapat,
almdulillah..at last kita bertunang jugak kan sayang?
syukur lagi ke hadrat Allah, tak sampai 4 bulan bertunang, kita disatukan dengan izin dan restu ibu bapa kita..
memang tak sangka sangat jodoh kita kuat..alhamdulillah, kita sudah bergelar suami isteri sekarang.
segala keresahan dan kekusutan selama ini terlerai jugak. hati pon dah tenang sekarang ini.
hati dah jumpa pelengkap dia kan..hehe
cuma satu je kurang buat masa sekarang kan sayang? sekarang, bila tengok kawan2 dah ada baby, hati melompat2 nak ada baby jugak. tapi dah bersediakah kita sayang?
untuk memikul satu lagi tanggungjawab hidup bekeluarga?
tapi hati tetap tenang kali ini, tak kecewa apatah lagi putus asa padaNya,
kenapa?
kerana kita tahu Allah tak pernah menzalimi kita. Dia tak pernah menghampakan permintaan kita selama ini.
segala permintaan kita Allah tunaikan. cuma masa saja yang menjadi penentunya.
mungkin Allah tak terus makbulkan doa dan permintaan kita.
kerana dia mahu kita rapat dengan dia. terus merendahkan hati memohon dan mengharap padaNya.
Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia telah beri lebih daripada apa yang kita perlu dan minta selama ni. Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah atas kurniaan nikmatMu kepada kami.
♥ we are in lurve ♥