Thursday, August 25, 2011

eh?nak raya dahhh!

wah!lamenya tak berupdate.sawang sana sini dah neh.syuhhhhh..syuhhhhhh!*tiup habuk sket*
sejak bulan Ramadhan ni..i sebok memanjang..ngan class berderet-deret, test ape sume lagi..adeihh ni tengah pening kepala nak marking paper student plak..kalo marking time2 lapa bulan pose ni..jawabnya aiyoyoyoo la..answer sheet student pon dah nampak macam ayam percik!;p


eh?dah nak raya kita kan?sedar tak sedar Ramadhan dah nak sampai ke penghujung dah..amalan pon macam tak cukop, berlubang sana sini..sob3.sempat jumpa lagi ke Ramadhan tahun depan?:( *Ya Allah, panjangkanlah umur kami dalam taat padaMu, amin*


so korang cane??dah settle preparation raya?baju raya berapa puloh pasang sorang?i tak banyak pon..2-3 pasang je..ada je lagi baju2 yg masih baru dan boleh dipakai untuk beraya..kang kalo demand banyak2 pasang, mahu botak kepala husband aku!hahA.


festime beraya sebagai suami isteri ni..tahun2 dulu kalo datang beraya, tak boleh nak salam2 semua..tahun ni semua pon boleh!hahA!alhamdulillah..tercapai impian nak beraya bersama..
jadual raya tahun ni???hehe belom puasa lagi si bini dah sebok tanya laki macam mana raya kita tahun ni..dapat raya sama tak agak2?keje tak agak2 masa raya?bila boleh balik kampung?bila itu bila ini..pening laki nak layan si bini yg banyak mulot neh..hahaha naseb laa dapat isteri 10 mulot neh!^^


maka dengan itu diumumkan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


giliran pertama kali beraya tahun ni adalah di kampung sayaaaAAAA!!!!
^__________________________^
*senyum lebar-lebarrrr*

betapa gumbiranya hatii..berbunga riang..bunga2 chenta...segala bagai bunga taik ayam  ada untuk meng'express' perasaan excited itu.hehe.


tapi raya fes aje laaa kat kampung i...ptg raya fes tu dah terpaksa balik sini dah..sambung raya umah mertua pulak..lagipon husband oncall raya kedua..so nampak gaya raya kedua beraya ngan mertua ajelah..naseb baek mertua i sporting!syiokkk gitu...;D


semalam i berjaya buat biskut raya tau!percaya tak?percaya tak?biskut fess saya adalah biskut conflakes crunchy..hehe gambar ada tapi lom transfer pc..malaslah pulak rasa nak tepek gambar..orang lain dah masuk biskut ke-sepuloh, aku baru terkedek2 nak beli barang buat biskut..haha


lastly, selamat pulang ke kampung halaman korang!sure ramai yg dah start balik kampung kan..parking kat opis ni pon dah ada lobang2 hari ni..sah2 dah ramai yg balik..almaklumlah, nak elak jemm...tapi memang kompem jem sana sini kan?aiyoooo!i blk kampung lambat lagii..sehari belom raya baru balik..sedih kan?uwaaa

hati-hati memandu k?dun drive if you're sleepy and not feeling well!make sure you have an enough sleep and rest ok!baru boleh drive balik kampung!i always practice this rule..mmg segar bila drive jauh..have a safe journey guys..hopefully you guys arrive your hometown safely without any obstruction.

pesanan tuan tanah:

"biar lambat asal selamat"



"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN"

ikhlas dari kami suami isteri =)





eh?panjang pulak entry aku neh.



♥ we are in lurve ♥
 

Monday, August 15, 2011

korang ingat lagi tak kat aku?

suddenly i miss my bestie..
she used to be my closed friend when i was in secondary school back in 1998~2002..
selalu pergi melepak rumah dia masa sekolah dulu..siap makan tido semua lagi..hehe
she's going to get married after this hari raya...but unfortunately i can't make it for her big day..really sorry dear...


she's on the right, with her mum.
[taken from her fb]


owh, how i miss my old time..my old friends..
seem like i have lost contact with all of them..
uwaaa..siapa bersalah?
semua sebok dengan komitmen masing2..
semua dah berkerjaya, berkeluarga..
agak2 diorang ingat lagi ke kat aku neh?

i wish u all the best friends..
may Allah bless you whateva u did, whereva u are.




♥ we are in lurve ♥ 
 

Thursday, August 11, 2011

jom mem'baking'.


tiba-tiba rasa bersemangat mahu mem'baking'.
mungkin dah tiba masa untuk membeli mixer sendiri. alasan yg baik utk menghabiskan duit bonus nanti..kwang3
ke nafsu dibulan puasa saja nih?
hari tu dah selamat beli penimbang. husband jeling tajam je kat wife dia ni masa amik penimbang.i sengih macam kambing aje.kemain semangat lagi beli, tapi xtau beli nak guna.hahahA.
urmm nak beli ke tak?
rasa i akan guna tak nanti?ke beli untuk peram saja?hahA!
*conpius*




♥ we are in lurve ♥
 

Wednesday, August 10, 2011

muram lagi suram.

ini cerita orang sedih kena tinggal sorang2..wuwuu what a miserable day.


baru semangat nak masak sedap2 untuk berbuka, sekali hubby kena escort patient refer HKL..
uwaa sedih.:( terpaksa lar berbuka sorang2 nampaknya. sangat meruntun jiwa raga i. uwaaa lagiiii..
nak masak sedap2 pon dah takde mood..tak jadilah nampak gayanya..nak g menempel rumah oranglah petang ni!;p


♥ we are in lurve ♥ 
 

Tuesday, August 9, 2011

eh, dah start main eh?

semalam pas balik keje, duk tengah syok  drive kete nak balik umah, tiba-tiba dengar lagu raya kat radio..
eh?biar betik?baru puasa seminggu dah start main lagu raya..tak macam awal sangat ke?
alaa, org baru je nak menikmati bulan Ramadhan yg indah ni..;)



footnote:tiba-tiba rasa sekejap je masa berlalu Ramadhan kali ni..apakah?


♥ we are in lurve ♥
 

Thursday, August 4, 2011

puasa pertama.

alhamdulillah, dah masuk Ramadhan #4 umat Islam berpuasa.
sekejap aje kan?rasa baru je tengok tv dengar pengumuman puasa tahun ni.
eh, org lain dah kan yg umum puasa tahun ni?excited nak tgk Engku Ibrahim penyimpan mohor besar umum puasa sebenarnye..tgk muka dia kat tv dah terbayang anak bulan..hihi besh!


puasa kali pertama bersama suami..the feeling?excited!mak mertua siap call tanya lagi, "macam mana 1st puasa bersama suami?", hehe..jawapan mesti laa seronok!;)
 3 hari puasa, 3 hari jugak i berjaya prepare sahur & juadah berbuka for husband.kagum ngan diri sendiri!hahA
walaupon masak simple2 je, penat2 balik keje terus ngadap periuk kuali..but the feeling was great!no words can describe how it feels.pahala berganda2 bagi orang yg menyediakan makanan untuk org berbuka..apatah lagi org tu suami sendiri..lebih2 lagilah. eh, tapi yg penting ikhlas kan?kalau tak pahalanya entah kemana laa nanti..merujuk kepada diri sendiri, ngeh3


Ramadhan #1 hari tu, bangun sahur awal. 420am dah bangun ok!cemerlang weh!suami pon kagum..hahahA..but that day, husband oncall lar pulak..tak dapat nak bukak puasa sama2 kat rumah..makanya balik keje si isteri masak dengan kalut di dapor bagai nak berperang dan terkedek2 pegi hantar makanan berbuka untuk suami. berjaya berbuka puasa bersama dengan suami dalam kereta..biarpon tiada meja makan yg selesa seperti dirumah..cahaya lampu kereta yg samar2 tu diibarat macam candle light dinner la plak..tetap berselera makan ok!asal hasben ada kat sebelah,hahA


menu ape i masak??alaa menu simple aje..takde laa nasik beriyani, nasik minyak segala bagai..setakat tomyam, sup ayam, tempe goreng kicap..masak pon bagai nak berperang kat dapor, mana sempatnya nak amik gambo..kang letak gambo makanan bulan2 puasa ni.,ada plak yg meleleh air liur..kwang3. bajet i masak sedap!hahahA


Ramadhan #2 & #3 semalam, masih tabah masak sendiri untuk berbuka..konon2 nak sediakan juadah berbuka untuk suami dengan air tangan sendiri..berkat gitu..hari ni macam mana?masih tabah kah??hahA..tapi ada ura2 suami mau mengajak isteri ke bazar ptg ni..

suami: "esok kita g bazar plak nak?"
isteri: mulut berkata "eh, tak payah laa bang..masak sendiri je, jimat..tak sesak ngan org ramai"
suami: "alaa takpe, sekali sekali je..kesian ayg penat2 balik keje masak.."
isteri: mulut berkata lg "eh xlah, mana ada..xpenat pon..kan blk awal skg.." dlm hati berkata "ooooo yes!yes!"



selamat berbuka semua.jangan lupa berbuka ngan buah kurma..sunat gitu!
owh, manisnya kurma itu! ;)
tetiba teringat Sepah.hahA lawak2.




footnote: nantikan kemunculan entry jadual raya kami tahun ni!owh2, sedih!:(


♥ we are in lurve ♥

Wednesday, August 3, 2011

unplanned, part 2.

as i promised u...

cer teka kat mana?


sejuk mata memandang kan?











en suami yg bertukar menjadi seorang kanak-kanak yg excited main air.



so, here we were those days..cameron highland!

short and unplanned journey.
but we enjoyed the trip.
exhausted but satisfied.
berjaya jugak jejak kaki di sana berdua.
;)


♥ we are in lurve ♥