Tuesday, March 26, 2013

pinjaman perumahan kerajaan pertama: prosedur


actually tak susah pun nak mohon pinjaman perumahan kerajaan ni. yang penting dokumen kena cukup lengkap la. kalau tak lengkap, itu yang terpaksa berkali2 pos balik dokumen..dah berapa kali kena bayar pos laju.

1st step, make sure u have register with Sistem Pinjaman Perumahan Bersepadu (SPPB), isi maklumat yang diperlukan. latar belakang kerja, tempat bertugas, maklumat keluarga, maklumat pinjaman, harta, wang beza semua..sebelum tu u kena pastikan u mohon pinjaman mengikut kelayakan yg telah ditetapkan oleh Perbendaharaan. dah selesai semua, so they already have ur record. they will give u about 2 weeks to send all the required documents by the day u apply online tu.

                             

2nd step, post all the documents they need. please refer to what type of category are u in. contohnya rumah kami, pembelian rumah semasa pembinaan, it is classified as pinjaman Jenis III. u can refer to PEKELILING PERBENDAHARAAN BIL. 5 TAHUN 2011 . setiap jenis tu, dokumen yang diperlukan adalah berbeza. kalau nak lagi senang dan tak kalut dikemudian hari, sebelum isi permohonan online tu u check dulu ur type of loan. prepare and sign all the documents. make sure yang mana perlu sign tu lengkap..kang tak pasal kena return balik. dah agak lengkap baru la mohon online. macam i punya, pemaju dah ready semua document tu..so i hanya perlu tambah beberapa document yang tak lengkap saja. rata-rata jenis pinjaman tu kebanyakannya kena ada document kat bawah ni dan document lain mengikut jenis pinjaman.

  1. borang permohanan online
  2. surat iringan ketua jabatan
  3. wang proses, bagi pinjman pertama RM1.00 bagi setiap RM1,000. pinjaman kedua lain pulak.
  4. salinan I/C.
  5. salinan slip gaji.
  6. surat sah jawatan.
  7. surat perjanjian jual beli (S&P).
   

 


dah siap pos laju semua ke Bahagian Pinjaman Perbendaharaan (BPP), agak2 dah sampai document tu, u kena follow up balik. just to make sure ur document tu selamat sampai. kalau pos laju, jangan lupa take note Tracking No. ye?hihi senang nak trace..dalam masa 3 hari, kalau segala document lengkap, insyaAllah terus lulus, i punya 2 hari sampai sana, check onlinedekat SPPB dah lulus. alhamdulillah. eh, lupa nak bagitau segala document tu u kena prepare 4 copies. yang original send to BPP, 1 copy for urself, 1 copy for developer and 1 copy for ur office.


3rd step, in 1 - 2 weeks time, u will receive Surat Kelulusan Pinjaman/Pembiayaan..(pembiayaan tu refers to SPPI - SKIM PEMBIAYAAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN SECARA ISLAM) and Surat Setuju Terima Tawaran..so u have to sign that surat and return back to them as soon as possible. they give u about 2 weeks by the approval date to return the letter.


so, that's it! dah selesai..segala urusan pembayaran tu nanti pandai2lah pihak perbendaharaan deal dengan developer and lawyer. dah selesai semua boleh laa pegi KWSP pulak. jom draw duit! later i share ok!senyum lebar sampai telinga.T________________________T



♥ we are in lurve ♥

 

Monday, March 18, 2013

sabar itu cantik.

Ya Allah jadikanlah aku orang yang sabar.
Sesungguhnya ujian Allah itu bukan sia-sia.






♥ we are in lurve ♥

Thursday, February 28, 2013

update.

Assalamualaikum.

Wooot!woooottt! i'm back!yeaahhaaa!
Berbulan lama tak berblogging..ber'blog walking' pun tak sempat, apa lagi update entry baru..yA ALLAH YA RABBI, busynya hidup Allah saja la tahu..semester i banyak take over subjek baru..penatnya you all..my life is about working n family je, lain2 semua letak tepi..banyak sangat nak update actually, tapi dah lama tak menaip panjang ni, tangan pun jadi kayu je..hehe nak taip pun terhegeh2, kalau jadi kerani memang kena pecat on the spot. hAHA

sepanjang berhibernasi ni (ceh,) banyak positif n good things happened. syukur pada Allah. i'd received my confirmation letter, my home loan have been approved and the most happiest thing is rumah kami dah nak siap!alhamdulillah Allah permudahkan semua..tak sabar rasanya dah pindah masuk rumah baru..rumah sewa sekarang dah mogok kot agaknya dengar kami nak pindah. lampu toilet kat belakang dah tak nyala langsung, kadang2 lampu toilet master bedroom tu, hari ni on switch, esoknya baru nak nyala..sakit hati betul la weiii..sink pulak dah start bocor..air asyik mengalir..haihh memang dah tahap wajib pindah dah ni..hahahA. tak sabar nak masuk rumah baru ni, ingat masuk rumah nanti nak buat doa selamat dan tahlil untuk arwah abah sekali..(rindunya T_T)

untuk my home loan ni i apply loan goverment, alhamdulillah mudah  dan cepat sangat urusannya. dalam masa 3 hari dah dapat kelulusan, lebih kurang seminggu i dah receive surat setuju terima pinjaman..syukur sangat..next time ada masa i update procedure loan ni ye.






flashback, segala dokumen yang dah lengkap sebelum pos ke BPP. banyak kan??


teaser. rumah kecik saja. tapi syukur pada Allah.


rumah dah 80% siap, tunggu masuk eletrik n air je, tapi so far tak ada plan apa2 lagi pun, grill belum prepared, lighting segala bagai pun belum..barang2 lagi laa tak ambil kesah..pakai yang mana ada ye dulu..hihi lagi pun semua barang dah ada..jimat weh!









♥ we are in lurve ♥
 

Thursday, January 31, 2013

denim skirt for sale!

bismillahirahmanirahim.

assalamualaikum.


denim skirt with beautiful design.
kainnya sangat selesa dan berkualiti.
kain stretchable (tak perlu risau takot tak muat, hehe)
stok adalah terhad,
setiap design hanya ada satu stok saja tau.
cepat2 jom shopping! 
jangan terlambat, nanti melepas kempunan! (haha over tau!)
kalau berminat, u can reserve by pay deposit dulu, after dapat gaji boleh bayar sepenuhnya (tau semua pokai sebab gaji gomen lambat seh bulan neh!adoii)





KOD: 1a
SAIZ: L
HARGA: RM58 (excluding postage)
** A-SHAPE




KOD: 1b
SAIZ: M
HARGA: RM56 (excluding postage)
** A-SHAPE




  KOD: 1c
SAIZ: M
HARGA: RM56 (excluding postage)
** MERMAID-SHAPE




 


 KOD: 1d
SAIZ: M
HARGA: RM56 (excluding postage)
** A-SHAPE



kalau berminat, u can leave a comment or just text me at 0179380335 



# setiap pembelian akan mendapat free gift yg kiut kiut comel lote ni hah hehe

:)





♥ we are in lurve ♥ 
 

Tuesday, January 1, 2013

welcome 2013


 assalamualaikum everyone!


how was your new year celebration last night?
mine?duduk tersadai kat umah sejuk hujan nak keluar gi mana2..duk umah tidoq lagi sedap!haha


as usual, every time the new year turn up people will set their target of life for a year ahead or maybe just renew their last goals. same goes to me. too many things in life i am still looking for, or in easiest word am failed to archive some of the mission of life for the past year. yes, i am looking forward for this new joyful year. may Allah show us the best path in life, enhance our iman n taqwa, bring us many good thing in life, give us the wealth n wellness, and so many more. may Allah bless n guide us.







us @ bandung, Nov2012. gemok kan i??aa tolong!


 


HAPPY NEW YEAR 2013 all bloggers!





oo ALLAH, give the best in our life because only YOU know the best for us.



 
♥ we are in lurve ♥ 


Thursday, December 27, 2012

doa seorang isteri


 
 ♥ DOA SEORANG ISTERI ♥



 

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..





#sumber: facebook
kongsi untuk tatapan diri sendiri pada masa akan datang


♥ we are in lurve ♥
 

Wednesday, December 19, 2012

makin hujung makin pening

ni apa cerita ni pening2 ni?mabuk tak loya tak terus pening2 haha merepek.
2012 tinggal berapa hari saja lagi. semua orang pun kalut dengan SKT la, hermis la (nasib tak pengemis)
ada jugak yang kalut nak habiskan bajet sebelum tahun baru. kalau tak habis, takut kena tarik balik. makanya jadual hujung tahun ni penuh dengan segala mak nenek agenda yang merepek meraban ntah apa-apa. kacau orang nak bercuti hujung tahun je tahu. nasib laa orang makan gaji.


bak kata Ustaz Badlishah, nak kaya jangan kerja kerajaan. jangan kerja makan gaji. duk jadi kuli orang saja. pergi kerja ngan Sime Darby. gaji ratus ribu sebulan hokei. oihh!




#gaya orang membebel geram tak puas hati.


♥ we are in lurve ♥