Monday, September 17, 2012

kejadian yg menyayat hati.


pagi jumaat yang lepas, i dapat sms dari kawan. my bff masa belajar dekat usm dulu baru kehilangan ayahanda yang tercinta. ayahnya telah disamun dan ditikam masa baru balik berniaga dekat R&R Temerloh. sangat kejam tidak berhati perut tidak berperikemanusian!!! lebih mendukacitakan mak dia pun kena tikam juga, syukur alhamdulillah mak dia dipanjangkan usia. dua hari lepas mak dia masih lagi di icu selepas operation. mak dia kena tikam didada dan perut..masyaAllah sedihnya..dengar kata, penyamun tu memang berniat untuk membunuh kedua-dua sekali..motif dendam katanya..memang lahanat betul!syaitan bertopengkan manusia. semoga penyamun tu mendapat balasan dan hukuman yang setimpal dengan kekejaman mereka lakukan.




Mohon sahabat-sahabat sedekah Al-Fatihah pada arwah ye..
My bff tu sangat rapat dengan ayah dia..:(
Semoga dia dan family tabah hadapi dugaan yang sangat berat ini.
Semoga kita dilindungi dari musibah yang tidak diingini.





"Ya Allah, Kau lindungilah kedua ibu bapa kami, adik beradik kami, saudara mara kami, sahabat kami, muslimin muslimat dari bala bencana yang tidak diingini, linduingilah kami daripada kejahatan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Amin"



♥ we are in lurve ♥ 
 

Sunday, September 16, 2012

membeli rumah: perkara yg perlu dipertimbangkan

assalamualaikum,

lamanya tak update blog, tuan tanah sangat malas ok..mood untuk meng'update' entah hilang kemana..hidup agak sibuk selepas raya ni (konon!)

sekarang kami suami isteri dalam proses membeli rumah (masih diperingkat rundingan ok!). oleh kerana usia perkahwinan dah hampir mencecah usia dua tahun, kami fikir masanya sudah tiba untuk kami mengumpul aset untuk masa depan kami dan juga anak-anak kelak. oh baru ku tahu bukan senang urusan membeli rumah ni, rupa-rupanya banyak sangat proses yang perlu dilalui, banyak perkara yang perlu ditimbang tara. bukan semudah membeli pakaian ataupun keperluan dapur. bukan juga semudah proses membeli kereta. pilih jenis kereta, mohon loan bank, lulus loan bank, tunggu stok kereta sampai dan taraaaa!dah boleh pakai...NO!NO!NO!(a big no ok?!!)

sebelum membuat keputusan membeli rumah, banyak perkara yang perlu diketahui, kena study ok pasal rumah?macam nak exam pula rasa, at least pembeli rumah perlu tahu tips dan panduan membeli. supaya kelak kita tidak tertipu dengan pemaju gara-gara keterujaan untuk memilik rumah sendiri. ingat!perlu banyak membaca dan dapatkan panduan yang betul tau!

antara perkara asas yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan muktamad:

  • kawasan rumah yang ingin didiami - ini adalah perkara pertama kami suami isteri pilih. bagi pasangan yang satu negeri, satu daerah atau mungkin lebih bertuah, satu kampung..mungkin lebih mudah untuk mereka membuat keputusan. bagi kami pasangan yang berlainan negeri, perlu juga ambil kira pandangan keluarga. nanti ada yang terasa hati tau..hihii. tapi apa-apa pun keputusan ditangan anda suami isteri. paling penting jarak kawasan pilihan sesuai dengan tempat kerja anda!:)

  • jenis rumah yang diidamkan - saya pasti semua orang inginkan rumah yang selesa dan privacy serta mempunyai laman sendiri. pastinya rumah banglo memiliki ciri-ciri itu. tapi tidak semua orang bertuah untuk memiliki rumah mengikut citarasa dan kehendak mereka. di kawasan yang kami pilih, sangat sukar ok nak cari rumah banglo..kalau ada diluar kawasan pilihanlah selalunya. *sigh*

  • harga rumah mampu milik - semak status kewangan anda. pastikan harga rumah yang diidamkan didalam lingkungan harga mampu milik. memang perlu buat kira-kira ok! harga semasa rumah sekarang sangat mahal ok. dan akan meningkat tahun demi tahun. perlu berbincang dan bersepekat diantara suami dan isteri. toleransi ok?

  • kawasan persekitaran rumah - perkara ini tidak kurang penting bagi saya. faktor kejiranan serta kawasan disekiling rumah  perlu diambil kira. saya seorang yang penakut ok! jadi sangat sangat memerlukan rumah yang dikelilingi jiran tetangga yang ramai. kanan, kiri, depan, belakang kena ada jiran!hahAHA. apa-apa jadi kelak senang nak minta tolong. apatah lagi saya ni sering keseorangan di rumah :(

  • kemudahan/fasiliti asas - jangan salah pilih kawasan rumah! nanti susah nak hantar anak sekolah, hantar anak ke klinik, susah nak dapatkan barang mentah etc..kemudahan asas seharusnya senang diakses dari rumah yang dipilih.

  • pinjaman perumahan - ini juga perkara penting perlu dibincang bersama. anda boleh mohon pinjaman bank atau pinjaman perumahan bagi pekerja kerajaan. pinjaman bank hanya meluluskan 90% daripada permohonan pinajaman anda ye. manakala pinjaman kerajaan akan membeli kelulusan 100%. selalunya pinjaman kerajaan ni, bila dah masuk rumah baru mula bayar pinjaman. samada nak memohon pinjaman bersama atau tidak. kalau suami anda seorang yang kaya raya dan berkemampuan, mungkin anda tidak perlu mengusik duit gaji anda untuk bayaran rumah!gaji anda untuk joli aje!hahAA.




hah?macam mana?susah hokei nak beli rumah ni..perlu fikir semasak masaknya sebelum membuat keputusan muktamad. tidak hairan kalau suami isteri boleh bercakaran manja selama proses membeli rumah. sebab dua-dua pun ada pendapat dan citarasa sendiri. keputusan membli rumah adalah keputusan terbesar dalam hidup selepas kahwin! mungkin sebab ia melibatkan pelaburan wang yang sangat banyak, tapi demi masa depan you all laki bini jugakk!*wink*




cantikkan rumah macam ni? rasa macam dalam cerita kartun pulak. haha


♥ we are in lurve ♥
 

Friday, August 17, 2012

Aidilfitri datang lagi.


alhamdulillah berkesempatan menyambut aidilfitri 1433H sekali lagi, bersama suami tercinta yang semestinya..tapi hati sedih sebab Ramadhan yang penuh berkat dah hampir berlalu..macam mana dengan amalan tahun ni ye?terasa banyak lompong sana sini..menyesal rasa hati tidak memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sepenuhnya..:(


pertama kali beraya dengan keluarga mertua, berjauhan dengan mamanda dan adik beradik yang lain, hati sangat sedih ok..sangat tak ada mood nak beraya..(dan sekarang saya masih di ofis, di hujung minggu..tatkala semua orang sudah cuti dan balik kampung hehe) pura-pura sibuk dengan kerja di pejabat untuk mengambil hati sendiri..supaya tak terasa dengan kesibukan dan semangat raya orang lain..hehehe..memang keluarga mertua dah macam keluarga sendiri..tapi tetap rasa kelainannya bila tak dapat berhimpun beramai-ramai di malam dan pagi raya..suasananya tetap tidak sama..apatah lagi suami kerja pada malam raya..bertambah sedih..raya kedua, ketiga dan seterusnya pun dia kerja ok..sangat mendukacintakan..hehhe..


selamat hari raya semua..
selamat bergembira bersama keluarga tercinta..
dalam berseronok jangan lupa jaga makan ye! (peringatan untuk diri sendiri, ;))


 potret raya yang tak seberapa..tak ada mood nak edit..hahaha (mogok!)



♥ we are in lurve ♥
 

Friday, July 20, 2012

food lover #1

my home cooking collection. 
ini baru sikit ok. cewah riak. bajet sedap sangat. (sedap la untuk perot i dan hubby, hihiii)
hanya untuk jamu mata dan cuci perot ok.
kalau terliur masak sendiri. kikiki


kerabu sotong

telur bistik.dah hilang sikit encik suami paw.

 hubby's fav ayam goreng kunyit. 

rendang ayam my fav.

sayur campur segala bagai.

gulai udang.

eh?apasal tiba2 ada ni??kata home cooking???haHAHA

dah2 sila lap air liur masing. kehkehkeh


♥ we are in lurve ♥
 

Salam Ramadhan 1433H.

Alhamdulillah. dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini..syukur Allah masih pinjamkan kita nyawa untuk bernafas dan menghadapi persediaan menyambut bulan puasa yang penuh berkat..a

Nampaknya tahun ni tahun suami laa..sebab bakal menyambut puasa di rumah mertua dan jugakkk raya nanti..wuwu rela dalam terpaksa..ada jugak yang bergenang airmata ni..hihiii..semalam pun tengok drama 7 Ramadhan kat tv3, yang Ellie Suriati jadi ibu tu dah nangis macam budak kecik kena curi gula-gula kat tangan..hahAhA..sangat terasa ok drama tu..lagi2 sedih teringat kat mamanda kat kampung, tak dapat sambut puasa dan raya bersama..bertambah sedih lagi bila tahun ni i terpaksa bersahur dan berbuka sorang2 saja..jadual kerja suami sungguh menjengkelkan dan tidak bersimpati langsung dengan nasib isteri..wuwu sebak sungguh la haii..:(


Ok dah tak mahu nangis berdukacita dah..esok nak puasa malam ni nak berterawikh..kena ceria dan semangat2 sikit..hihi korang semua dah shopping persediaan puasa?i dahhhh..hahaA bajet aku sorang je dah..

hasil shopping sorang2 pagi tadi.hihii


eh, korang buat apa tu?duk fikir2 nak masak apa sahur pagi esok ke?hehe i tak payah susah2 fikir..confirm mak mertua yang siapkan semua..kihkihkihh




eh eh, ada orang cuba nak pecah masuk rumah!rindunya kat mimi..nanti chiq jah balik kg kita jumpa ye sayang?



SELAMAT BERPUASA SEMUA. SEMOGA SEGALA DOA DAN AMALAN KITA DITERIMA ALLAH SWT. AMIN


♥ we are in lurve ♥
 

Wednesday, July 4, 2012

hello july.

assalamualaikum.

it's been soooo longgggg since my last entry (alah 3 minggu je..kekeke). i'd been super duper busy this time around. oh how i miss writing and blabbing in this blog. 

alhamdulillah, Allah lend me a strength to fasting today. i woke up early today, yes for sahur of course (my MIL kejut ok!hihi). and now i start yawning (uarrrghhhh), my eyes about to close while i tap the keyboard. this morning i rushed to my office, because i'm supposed to have class at 11am and i do not prepare anything!huhh sangat rushing ok!later on, my student called me, "Puan, kelas kami tinggal 10 orang je, yang lain semua exam MUET" ahhh, buat penat saja aku kalut malut dipagi hari. kalau tahu, aku tidur kejap pagi tadi. nak marah tapi macam bagus jugak kelas batal. hahAhaA bagus punya cikgu kan?!


oklah, tonight is Nisfu Syaaban right?since today is 14 Syaaban, so this maghrib is 15 Syaaban. marilah kita melakukan amal ibadat sebanyak mungkin. berdoa, baca quran, baca yasin, solat sunat dan lain-lain. moga amalan, doa dan taubat kita diterima Allah.


"Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba�, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya" sumber




nota kaki: maksudnya lagi 15 hari bulan Ramadhan akan menjelang.semoga sempat bertemunya.




♥ we are in lurve ♥
 

Thursday, June 14, 2012

6 years.

it's been six years since the first time you say 'I LOVE YOU' 
:):):):):)








♥ we are in lurve ♥