Thursday, November 3, 2011

jom masak!

salam korang.
dinner kami malam tadi.
gedik nak post jugak hari ni.saja nak bagi orang terliuar.hahahA


chicken popcorn with manggo ;)


siakap masak stim.


nyum!nyum!sedapnya!terliur tak?terliur tak?hehehe
kali ni rajin sket..tiba2 rasa nak share resepi..rajin pulak nak menaip..hihiii
resepi ni i main agak2 sendiri je..ikot citarasa masing2 laa ye..;)



Chicken Popcorn with Manggo

Bahan2:
  1. Ayam - amik bahagian isi dan potong dadu kecik2
  2. Tepung ayam gorang kentucky
  3. Sebijik telur - untuk salut ayam je
  4. Sos plum @ any sos yg masam2 manis - i guna sos maggi 'hot and sweet' tu je.
  5. Sos tomato
  6. Sos tiram - yg ni i saja je tambah, tak de pon xpe
  7. Mangga muda @ masak - mana2 pon boleh. potong nipis2.
  8. Bawang putih - i guna 2 ulas je untuk tumis.
  9. Sedikit air - untuk tak nak kering sangat
Cara2:
  • Goreng ayam yang di celup tepung tu tadi.
  • Dah siap goreng ayam, letak tepi dulu..pastikan tos ye ayam tu..supaya tak berminyak sangat..
  • Then tumis bawang sampai naik bau.
  • Masuk segala sos yg ada tu..kacau sampai sebati, kalo rasa macam pekat sangat campur air sikit
  • Last sekali masuk popcorn ayam dan mangga. Gaul rata.
  • Tadaaaa!siap pon!;)


Siakap Masak Stim

resepi mudah dan sihat.sebab tak perlu nak godek2 pape..campak2 dan siap!hihii
Bahan2:
  1. Ikan - siakap ke, ikan merah ke..pape ikan yg korang suka pun boleh 
  2. Bawang putih - dihiris halus
  3. Halia - dihiris halus jugak
  4. Serai - dihiris nipis. i guna 3 btg serai
  5. Sos tiram - agak2 dalam 1 sudu besar
  6. Sos lemon - sikit je. dalam 1 sudu besar je 
  7. Bawang putih jeruk - potong dadu dan amik air dia sikit
  8. Carrot, tomato - terpulang pada masing2..taknak bubuh takpe
  9. Cendawan enoki/tiram - tambahan je..terpulang pada masing2 jugak
  10. Daun ketumbar - untuk hiasan
  11. Sedikit air
  12. Sedikit garam

Cara2:
  • Bersihkan ikan..i buang sisik ape semua dulu, then perap ngan asam jawa untuk hilangkan bau hanyir ikan..guna asam limau nipis  pon boleh.
  • Pastu perap ikan dengan garam seminit supaya ikan tu ada rasa..tak tawar sangat
  • Letak ikan dalam pinggan yg sesuai untuk sesi mengukus..tapi i guna kuali besar je..masak dengan api kecil dan tutup kuali ngan tudung periuk..hihiii
  • Masukkan air, segala sos, dan air bawang jeruk
  • Tabur saja segala bahan yg ada atas ikan..
  • Masak ngan api yang perlahan dalam 15minit.
  • Daaaaa!siap!senangkan?;)

 Dah siap masak2..sapa2 nak cuba boleh laa..sedap tak sedao kena laa rasa sendiri..lain orang lain tekaknya..ye laa tekak masinng2 kan..hehe selamat memasak korang!^^
 
♥ we are in lurve ♥

No comments:

Post a Comment