eh?orang semua sibuk ber'wordless wednesday', i plak nak membebel sikit hari ni.boleh??haHA
nak cerita kejadian tengahari tadi. i keluar makan dengan bestie2 dekat ofis ni. naik kereta sikit punya jauh..belok punya belok, tuptup kedai yg kami nak pergi makan tengahari tu tutup.ceitpodah!dah laa kedai tu agak jauh..oklah fine, patah balik pergi makan dekat kedai yg selalu kami sarapan, kira U-turn 360 degree lah pulak.hehe (abis minyak tuan punya kereta ;D;D)
kedai tu agak ramai oranglah (kami sampai pon dah habis separuh masa lunch break), sebab kedai tu agak famous dengan nasi kukus dan lauk dia pon boleh tahan sedaplah..i ambik nasi kukus+ayam goreng+ulam timun+air teh'o'beng,.i ni jenis suka cedok kuah tu, cedok kuah ni..lepas tu kalau ada bawang, i suka kutip masuk pinggan..kadang-kadang tak makan pon, saja la kan perangai!haHA
dah duduk kat meja, apa lagi terus makan la kan perot pon dah grookgreeek. kedai ni jenis yang duduk-makan-baru kira, oklah tak kesah bukan kedai aku punya pon. dah makan habis 3/4 nasi tu, seorang lelaki ni datang nak kira, dia tanya apa yang kami makan sebab nak kira kan..so i pon sebut segala lauk pauk yang i ambik, then lelaki tu letak kertas putih dengan harga tertera kat tepi. i macam terkejut harga dia macam agak mahal dari biasa..urm tapi tak tanya terus pon masa tu sebab kepala ni duk ingat nak habiskan nasi dulu (pelahap betol!).
masa nak bayar, i tanya that guy, i ambik set nasi kukus plus air sekian2, i tanya harga satu2 tau!then i tanya, so why this price was much more higher? (sambil tunjuk kertas tertera harga tu ok, sila bayangkan..ekekeke)
dia tanya i balik, 'bukan ke ada ambik lauk lain jugak tadi?' (erk?ternganga kejap mak!)
i mestilah balas balik kan 'eh, mana ada!'
okay, so you guest what is the main issue yg i argue dengan lelaki tu?cer teka?hihiii
actually, masa lelaki tu datang kira kat meja, memang ada extra lauk yang i tak ambik pon dalam pinggan tu. i ni memang jenis suka mengepaw makanan orang lain..kikikiii kantoi!so masa dia kira tu, dia ingat lauk tu i punya, padahal i dah mention yang lauk tu i paw member punya..agaknya dia ingat i ni main-main atau pura-pura tak dengar..hahHA..
moral of the story: jangan mengepaw makanan orang lain. ataupon jangan makan selagi mereka2 tak kira total makanan kita.tau?lepas dah kira, ngepawlah banyak2!hahaHAHA
dada!
♥ we are in lurve ♥