Wahh tajuk?!hihii entri ini tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup atau sebaliknya. ianya hanyalah panduan supaya kehidupan bekeluarga lebih bahagia.sila noted ok!:P
Islam memandang tinggi pengorbanan kaum isteri keluar bekerja bagi membantu suami membiayai keperluan keluarga. Isteri hanya membantu menambah bahagian yang tidak cukup setelah suami berusaha bersungguh-sungguh. (take note plisss!).
Kalau suami bekerja tetapi enggan menggunakan duitnya untuk menyara keluarga kerana telah membenarkan isterinya bekerja (si isteri berduit jugak), si suami jenis ini tergolong dalam kategori suami yang zalim dan dilaknat oleh Allah swt.
Malahan sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang aliksi isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak MUTLAK si isteri. Sekiranya suami berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri.
Membantu meringankan beban suami bukan beerti suami terlepas daripada tanggungjawab.
Semoga jadi panduan kita bersama dalam melayari bahtera dan kerukunan rumah tangga.
:):):)
sumber: Majalah Wanita Mei 2012
♥ we are in lurve ♥
No comments:
Post a Comment