pagi jumaat yang lepas, i dapat sms dari kawan. my bff masa belajar dekat usm dulu baru kehilangan ayahanda yang tercinta. ayahnya telah disamun dan ditikam masa baru balik berniaga dekat R&R Temerloh. sangat kejam tidak berhati perut tidak berperikemanusian!!! lebih mendukacitakan mak dia pun kena tikam juga, syukur alhamdulillah mak dia dipanjangkan usia. dua hari lepas mak dia masih lagi di icu selepas operation. mak dia kena tikam didada dan perut..masyaAllah sedihnya..dengar kata, penyamun tu memang berniat untuk membunuh kedua-dua sekali..motif dendam katanya..memang lahanat betul!syaitan bertopengkan manusia. semoga penyamun tu mendapat balasan dan hukuman yang setimpal dengan kekejaman mereka lakukan.
Mohon sahabat-sahabat sedekah Al-Fatihah pada arwah ye..
My bff tu sangat rapat dengan ayah dia..:(
Semoga dia dan family tabah hadapi dugaan yang sangat berat ini.
Semoga kita dilindungi dari musibah yang tidak diingini.
"Ya Allah, Kau lindungilah kedua ibu bapa kami, adik beradik kami, saudara mara kami, sahabat kami, muslimin muslimat dari bala bencana yang tidak diingini, linduingilah kami daripada kejahatan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Amin"
♥ we are in lurve ♥
No comments:
Post a Comment