assalamualaikum,
lamanya tak update blog, tuan tanah sangat malas ok..mood untuk meng'update' entah hilang kemana..hidup agak sibuk selepas raya ni (konon!)
sekarang kami suami isteri dalam proses membeli rumah (masih diperingkat rundingan ok!). oleh kerana usia perkahwinan dah hampir mencecah usia dua tahun, kami fikir masanya sudah tiba untuk kami mengumpul aset untuk masa depan kami dan juga anak-anak kelak. oh baru ku tahu bukan senang urusan membeli rumah ni, rupa-rupanya banyak sangat proses yang perlu dilalui, banyak perkara yang perlu ditimbang tara. bukan semudah membeli pakaian ataupun keperluan dapur. bukan juga semudah proses membeli kereta. pilih jenis kereta, mohon loan bank, lulus loan bank, tunggu stok kereta sampai dan taraaaa!dah boleh pakai...NO!NO!NO!(a big no ok?!!)
sebelum membuat keputusan membeli rumah, banyak perkara yang perlu diketahui, kena study ok pasal rumah?macam nak exam pula rasa, at least pembeli rumah perlu tahu tips dan panduan membeli. supaya kelak kita tidak tertipu dengan pemaju gara-gara keterujaan untuk memilik rumah sendiri. ingat!perlu banyak membaca dan dapatkan panduan yang betul tau!
antara perkara asas yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan muktamad:
- kawasan rumah yang ingin didiami - ini adalah perkara pertama kami suami isteri pilih. bagi pasangan yang satu negeri, satu daerah atau mungkin lebih bertuah, satu kampung..mungkin lebih mudah untuk mereka membuat keputusan. bagi kami pasangan yang berlainan negeri, perlu juga ambil kira pandangan keluarga. nanti ada yang terasa hati tau..hihii. tapi apa-apa pun keputusan ditangan anda suami isteri. paling penting jarak kawasan pilihan sesuai dengan tempat kerja anda!:)
- jenis rumah yang diidamkan - saya pasti semua orang inginkan rumah yang selesa dan privacy serta mempunyai laman sendiri. pastinya rumah banglo memiliki ciri-ciri itu. tapi tidak semua orang bertuah untuk memiliki rumah mengikut citarasa dan kehendak mereka. di kawasan yang kami pilih, sangat sukar ok nak cari rumah banglo..kalau ada diluar kawasan pilihanlah selalunya. *sigh*
- harga rumah mampu milik - semak status kewangan anda. pastikan harga rumah yang diidamkan didalam lingkungan harga mampu milik. memang perlu buat kira-kira ok! harga semasa rumah sekarang sangat mahal ok. dan akan meningkat tahun demi tahun. perlu berbincang dan bersepekat diantara suami dan isteri. toleransi ok?
- kawasan persekitaran rumah - perkara ini tidak kurang penting bagi saya. faktor kejiranan serta kawasan disekiling rumah perlu diambil kira. saya seorang yang penakut ok! jadi sangat sangat memerlukan rumah yang dikelilingi jiran tetangga yang ramai. kanan, kiri, depan, belakang kena ada jiran!hahAHA. apa-apa jadi kelak senang nak minta tolong. apatah lagi saya ni sering keseorangan di rumah :(
- kemudahan/fasiliti asas - jangan salah pilih kawasan rumah! nanti susah nak hantar anak sekolah, hantar anak ke klinik, susah nak dapatkan barang mentah etc..kemudahan asas seharusnya senang diakses dari rumah yang dipilih.
- pinjaman perumahan - ini juga perkara penting perlu dibincang bersama. anda boleh mohon pinjaman bank atau pinjaman perumahan bagi pekerja kerajaan. pinjaman bank hanya meluluskan 90% daripada permohonan pinajaman anda ye. manakala pinjaman kerajaan akan membeli kelulusan 100%. selalunya pinjaman kerajaan ni, bila dah masuk rumah baru mula bayar pinjaman. samada nak memohon pinjaman bersama atau tidak. kalau suami anda seorang yang kaya raya dan berkemampuan, mungkin anda tidak perlu mengusik duit gaji anda untuk bayaran rumah!gaji anda untuk joli aje!hahAA.
hah?macam mana?susah hokei nak beli rumah ni..perlu fikir semasak masaknya sebelum membuat keputusan muktamad. tidak hairan kalau suami isteri boleh bercakaran manja selama proses membeli rumah. sebab dua-dua pun ada pendapat dan citarasa sendiri. keputusan membli rumah adalah keputusan terbesar dalam hidup selepas kahwin! mungkin sebab ia melibatkan pelaburan wang yang sangat banyak, tapi demi masa depan you all laki bini jugakk!*wink*
♥ we are in lurve ♥
No comments:
Post a Comment