Tuesday, May 24, 2011

HB sayang!

entry nak cepat+malas.


hari ni birthday mr husband yg ke-27. 
dah tua yep hubby i!;p


HAPPY BIRTHDAY HUBBY SAYANG!

i love you so much!
muahh!
*hugs*



footnote:i will update more later k!

♥ we are in lurve ♥ 

Thursday, May 19, 2011

wishlist.

untuk saki baki tahun ini.


eh, baru nak buat wishlist? senget ke ape?dah tengah tahun baru nak buat list?hahaha..
ikut suka hati laaa kan..sebab tengah berkobar2 semangat ni.takpelah ketinggalan keretapi sikit pon..ngeh3


1. saya nak confirm jawatan ni cepat2!Ya Allah, permudahkanlah..saya tak nak tangguh2 lagi..tak sanggup den..makin lama makin menderita..nanti nak pegi sambung blaja pulak..wuwu

 2. nak baby!hehe..skang ni kalo tengok budak2, baby ke..rasa sayang meluap2..rasa tak sabar nak jadi ibu..maybe the time has come kot..seru tu dah ada..semoga berhasil laa usaha kami..walaupon jarang2 je dapat jumpa hubby..T_T...but however, kami hanya merancang dan berusaha..Dia jua yang merencana segalanya..

3. nak start writing proposal for research..tiba2 rasa rindu nak pegi lab buat research..eh, mimpi ke ape aku ni?hahaha



ok, itu saja wishlist at the moment..semoga Allah mempermudahkan segala urusan, hajat dan niat kami..semoga diberkati segala usaha..


footnote:if a new wish popped in my head, i will add up later!ngee..



♥ we are in lurve ♥

Sunday, May 15, 2011

jeruk oo jeruk.

pagi tadi menikmati jeruk mempelam makcik cleaner bagi.
sungguh sedap sampai saya melahap dengan gelojohnya.
dan sekarang saya sedang menikmati akibat makan jeruk dipagi hari.
wuwuwu..haru sungguh!



beginilah rupa jeruk yg telah mengharu birukan perowt i. yg bezanya jeruk makcik tu bagi merah kuah dia.jeruk pauh pedas ke hape tah org panggil. 
credit to pakcik gugle.



footnote:makcik cleaner kasik jeruk tepat jam 8pagi.mana leh tahan nak tunggu tengahari..takkan nak tengok saje kot??haha



♥ we are in lurve ♥

Saturday, May 14, 2011

lunch date @ home.

si isteri sedang menunggu si suami pulang untuk makan tengahari bersama.
alahaiii lambat pulak laa suami i ni..perowt dah lapau tahap gaban dah ni..saya masak special sikit hari ni..hehee maklumlah kan..jarang2 dapat lunch berduet dengan husband kat rumah..



jom layan apa yg saya masak tengahari ni!sila jangan terliur..lagi2 ibu2 sedang mengandung..i tak bertanggungjawab okeiii...ngeeee


kentang masak kicap.

ayam goreng kunyit.

asam pedas ikan merah.



peria goreng telur.


ulam pegaga n ulam raja.


saya memang tak de skill ambil gambar..thats why senget benget,hahaha..eh,sila abaikan pinggan yg comot2 tu ye .;p


ok, selamat menjamu selera semua!




♥ we are in lurve ♥

Sunday, May 8, 2011

tempat jatuh lagi dikenang.

nak post lagi hari ni boleh?
macam gile post entry kat blog laa plak..hahaa
xkesahlah kan..blog ini saya yg punya!ngeh3

eh, apa saya merapu nih?tu bukan main point ye kalian...
entry ni berbaur emosi sikit.eh, tapi memang emosi turun naek skang ni..hubby pon naek pelik tengok wife yg jarang2 dia dapat tengok ni.sekali tengok sengih2, dua kali tengok senyum meleret..tiga kali tengok mulot dah panjang macam muncung itik..ahahaha..alahaiii sian laki i!dapat bini macam i ni haa..urmmm

urmm..korang suka tak duduk kat tempat orang?i mean rumah, tempat, negeri yang korang cari rezeki skang ni?suka tak?suka tak?saya?urmm..suka!suka hanya bila orang yang saya sayang ada di samping bila kita gembira dan sedih...tapi sangat sangat tak suka bila kita gembira, sedih atau kesusahan..tapi there are no other people to share with..there are no other people could lend their hand to help us..there are no one who could lend their shoulder to cry on..adoyaiii..rasa baek balik duduk bawah ketiak mak kat kampung!betol tak?!at least kita dipunyai oleh ramai orang kat sana..

kadang2 kita tak punya sesapa kat tempat kita cari rezeki tu..yang ada hanyalah suami dan kawan2 yg agak rapat..bila diorang takde disamping, rasa macam hopeless & lone ranger yg amat kan?
urmmm..main point is..itulah yg saya rasa skang..rasa nak bungkus & terus balik kampung!boleh?

conclusionnya, tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat kita dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan kenangan.owh, saya rindu kampung saya!



♥ we are in lurve ♥

selamat hari ibu.

selamat hari ibu buat bonda tersayang..

CHE MERIAM BT MAT HARON

terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik jah dengan sempurna. tanpa didikan dan tunjuk ajar ma, jah takkan jadi macam apa yang jah jadi sekarang. semoga ikatan antara kita tetap utuh biarpun kini anakmu ini bukan lagi dibawah jagaanmu.ma tetap dihati jah biarpun kini kita sudah jarang bertemu mata.namun ma sentiasa hadir dalam ingatan dan doa jah.terima kasih untuk kasih sayang yang tidak terhingga itu...semoga ma dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur olehNya..semoga ma tabah menghadapi liku2 hidup..semoga Allah memberkati kita sekeluarga..jah sayang ma..


my mother&i during my wed.


selamat hari ibu juga buat mama yg dikasihi..

NOOR ESAH BT MISKAM

terima kasih kerana menerima jah sebagai menantu mama..terima kasih yang tak terhingga kerana mama menganggap jah bukan sahaja sebagai menantu mama, malah seperti anak mama sendiri..terima kasih kerana mama sangat memahami perasaan jah..mama tak putus memberi kata-kata semangat dan tunjuk ajar dalam menghadapi liku2 kehidupan berumah tangga yang masih lagi hijau ni..insyaAllah segala tunjuk ajar mama akan menjadi panduan dan pedoman kepada kami dalam melayari bahtera perkahwinan ni..jah sayang mama..

@subangskypark



dan juga untuk yang ini...

eh, yg ni bukan ibu tau?yg  ini suami i!hahaa,


selamat berkerja ya sayang!baek2 saja k?jangan stess2 keje..keje tu kan ibadat..treat patient baek2..i am going to miss you so much!see you again this Wednesday..wuwuwu lamenye lagi...T__T


footnote:leaving to KL again tomorrow..mood sedih coz berpisah ngan hubby for few days..wuwuu


♥ we are in lurve ♥

Saturday, May 7, 2011

date with lil students.


hi korang!how's your weekend?mine?it was so great and enjoyable!hubby oncall semalam.hehe so apalagi.. amik kesempatan untuk spend time with some of my beloved student.all of them are final year students..they are going to leave us as they have completed their studies after all ups and down for these three years..hanging out and taking pictures with them at teluk ketapang..i'm having such a great time with them..hope to see u again in the future in a different way..u'r not my kiddos anymore..but then u r part of my unforgettable memories!


kila-fatin-sofi~wawaaa syioknye makan...

me-kak gee-auni
puas hati tol makan..fresh+murah=berbaloi2!

ok, dah start tunjuk bakat next top model masing2.

saya dan mereka.

seronok je sume.

i like!weee~

kita enjoy!hoyehh!

with sofi.

with oni.si bulat yg comel.

menikmati saat2 akhir bersama mereka.


pantai menjadi saksi.hahaa..

double like!


and i got this cute present from them. thanks guys!i will always pray for your success in your future.there's only a step ahead in reaching your goal.



most welcome dear!

cute gift from them.

mereka adalah pelajar saya yg pertama selama saya menceburi bidang ini.saya sayang mereka.

sekian.
daaa~



♥ we are in lurve ♥

Thursday, May 5, 2011

when everything seems wrong.

saya ingat lagi,
dulu sewaktu abah yg saya kasihi kembali ke pangkuan Ilahi,
saya nyaris patah semangat untuk terus belajar..
tapi awak tak pernah putus bagi semangat supaya saya terus gagah berdiri.
kata-kata perangsang awak menguatkan saya.
saya berjaya menjadi seorang yg tabah dan kuat.
dan alhamdulillah sekarang saya sudah berjaya.


dulu, masa awak menempuhi kegagalan, 
saya selalu cakap..lelaki mana boleh lemah dan menangis.lelaki kena gagah.
saya selalu cakap awak kuat. saya tahu awak boleh tempuh semua tu.
saya selalu berlagak saya kuat dan tabah sebagaimana yg awak telah ajar saya dulu.


tapi sekarang,
saya tidak kuat seperti dulu.
saya tidak setabah dulu.
banyak perkara yg melemah dan mematahkan semangat saya.
saya kecewa.
ya, banyak perkara yang mengecewakan hati kebelakangan ni.
semoga saya tabah dan kuat dalam menghadapi segala dugaan mendatang.



footnote: Allah tidak akan menguji hambaNya dengan ujian di luar kemampuan diri untuk menanggungnya.



♥ we are in lurve ♥



Tuesday, May 3, 2011

half year.

eh, lupa nak wish...

happy 6th month anniversary husband!

i love u more and more!
sedar tak sedar sudah lebih setengah tahun kita bersama..hihii


♥ we are in lurve ♥

Monday, May 2, 2011

date @ kL, part 1

aktiviti berjalan sambil bekerja di kl last few weeks with hubby dearie..
thanks dear for accompanying me for the whole days..sanggup amik cuti semata-mata teman puan wifey yg terpaksa pegi kl sorang2 buat keje..terima kasih suami!

 
upon departure.



sampai klia, mertua amik..so lepak umah mertua semalaman...esok paginya kami naek train ke pwtc..naseb husband ada..kalau tak mahu sesat saya naik train..hahaaa..orang kampung!mana ada train cenggitu kat kampung!;p
 

owh si handsome saya!

termenung bang?haha..tunggu pakcik komuter ye?

sebok nak amik pic ngan train..jakun laa katakan..kwang3

pic berdua wajiblah ada.;p

bila si isteri menggedix.wee~

tak dapat dikenalpasti motif.;p

pic hotel harus ada juga!

yang ini lagi laa harus ada.haha.

ini nak tunjuk tuan.bukan tunjuk bilik.

bilik di hotel ni ada tiang ok?mesti percaya!

gedix!haha..eh, yang belom kawen sila jangan tiru ok!;p

awwww~

haha macam sengal kan.

hamboi2..excitednya suami i.

bajet comel.wakaka

bajet comel lagi dan lagi.

dinner @ Kenny.yummyy!


sekian..
next time i sambung lagi ok!
daaa~



♥ we are in lurve ♥