Thursday, December 27, 2012
doa seorang isteri
♥ DOA SEORANG ISTERI ♥
Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu
Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..
#sumber: facebook
kongsi untuk tatapan diri sendiri pada masa akan datang
♥ we are in lurve ♥
Wednesday, December 19, 2012
makin hujung makin pening
ni apa cerita ni pening2 ni?mabuk tak loya tak terus pening2 haha merepek.
2012 tinggal berapa hari saja lagi. semua orang pun kalut dengan SKT la, hermis la (nasib tak pengemis)
ada jugak yang kalut nak habiskan bajet sebelum tahun baru. kalau tak habis, takut kena tarik balik. makanya jadual hujung tahun ni penuh dengan segala mak nenek agenda yang merepek meraban ntah apa-apa. kacau orang nak bercuti hujung tahun je tahu. nasib laa orang makan gaji.
bak kata Ustaz Badlishah, nak kaya jangan kerja kerajaan. jangan kerja makan gaji. duk jadi kuli orang saja. pergi kerja ngan Sime Darby. gaji ratus ribu sebulan hokei. oihh!
#gaya orang membebel geram tak puas hati.
Sunday, December 9, 2012
disember kau datang.
assalamualaikum.
selamat pagi! hamboii sedap tido noo?bangun2! (jeles i kat sini dah keje)
tak puas lagi berweekend. apasal laa weekend ni sekejap sangat? tok najib tak nak ke extend weekend jadi 3 hari?hahAHA apahal laa aku mengarut pagi2 ni.
tak ada mood nak buat kerja weh, rasa nak golek2 gulung2 je dalam comforter. nak tido sampai matahari naik. boleh? haHA dah lama tak buat weh sejak meninggalkan zaman anak dara..ecehh bajet baguslah sekarang.
apa
cerita semua adik2 kakak2 makcik2 sekalian?azam dah tercapai belum?
kurang 3 minggu lagi nak masuk tahun baru ok!apaaa????!! agagaga azam
belum tercapai lagi ni! tiap2 tahun ada je azam tahun baru, tapi buatnya
tidak, mana nak tercapai!hahaHA terukkan?
tapi
at least kita ada target untuk setiap tahun kan?merancang untuk
kehidupan yang lebih baik. tapi jangan tahu merancang saja, kena usaha
sungguh2 untuk mencapai azam diawal tahun tu. tercapai atau tidak Allah
yang Maha Kuasa menentukan, sebab manusia hanya boleh merancang kan..eh,
tapi kena usaha betul2 dulu (nasihat untuk diri sendiri ok!)
azam yang belum tercapai, bring foward ye!:) |
#nak tulis azam besar2 lepas tu tepek kat dinding supaya hari2 nampak apa matlamat hidup.
♥ we are in lurve ♥
Thursday, November 22, 2012
projek baru.
assalamualaikum semua.
lama tak bersiaran. busy kalah menteri sekarang ni. haHAHA
kelas dah mula, tak ada masa nak update story.
busy dengan progress rumah. eh?kalah developer tau!:P
nanti i update pasal rumah ye?:):)
eh, i ada projek baru sekarang.
projek apa???
hehe
i jual DENIM SKIRT GORGEOUS korang!meh laa tengok..
jemput2!(bukan kuih jemput2 ye!:P)
i baru buka untuk pre-order.
next week insyaAllah i akan update bila semua stok dah sampai.
bermodelkan diri sendiri!
model tak cantik macam datin norjuma, so kena pakai topeng hitam.
HAHAHa.
nak pre-order bagitau ye?
:)
♥ we are in lurve ♥
lama tak bersiaran. busy kalah menteri sekarang ni. haHAHA
kelas dah mula, tak ada masa nak update story.
busy dengan progress rumah. eh?kalah developer tau!:P
nanti i update pasal rumah ye?:):)
eh, i ada projek baru sekarang.
projek apa???
hehe
i jual DENIM SKIRT GORGEOUS korang!meh laa tengok..
jemput2!(bukan kuih jemput2 ye!:P)
i baru buka untuk pre-order.
next week insyaAllah i akan update bila semua stok dah sampai.
memang cantik! i pakai semua berkenan you all!haHAHA perasan kan. |
A-shape |
mermaid-shape |
A-shape |
bermodelkan diri sendiri!
model tak cantik macam datin norjuma, so kena pakai topeng hitam.
HAHAHa.
nak pre-order bagitau ye?
:)
♥ we are in lurve ♥
Tuesday, October 30, 2012
because i love you.
Monday, September 17, 2012
kejadian yg menyayat hati.
pagi jumaat yang lepas, i dapat sms dari kawan. my bff masa belajar dekat usm dulu baru kehilangan ayahanda yang tercinta. ayahnya telah disamun dan ditikam masa baru balik berniaga dekat R&R Temerloh. sangat kejam tidak berhati perut tidak berperikemanusian!!! lebih mendukacitakan mak dia pun kena tikam juga, syukur alhamdulillah mak dia dipanjangkan usia. dua hari lepas mak dia masih lagi di icu selepas operation. mak dia kena tikam didada dan perut..masyaAllah sedihnya..dengar kata, penyamun tu memang berniat untuk membunuh kedua-dua sekali..motif dendam katanya..memang lahanat betul!syaitan bertopengkan manusia. semoga penyamun tu mendapat balasan dan hukuman yang setimpal dengan kekejaman mereka lakukan.
Mohon sahabat-sahabat sedekah Al-Fatihah pada arwah ye..
My bff tu sangat rapat dengan ayah dia..:(
Semoga dia dan family tabah hadapi dugaan yang sangat berat ini.
Semoga kita dilindungi dari musibah yang tidak diingini.
"Ya Allah, Kau lindungilah kedua ibu bapa kami, adik beradik kami, saudara mara kami, sahabat kami, muslimin muslimat dari bala bencana yang tidak diingini, linduingilah kami daripada kejahatan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Amin"
♥ we are in lurve ♥
Sunday, September 16, 2012
membeli rumah: perkara yg perlu dipertimbangkan
assalamualaikum,
lamanya tak update blog, tuan tanah sangat malas ok..mood untuk meng'update' entah hilang kemana..hidup agak sibuk selepas raya ni (konon!)
sekarang kami suami isteri dalam proses membeli rumah (masih diperingkat rundingan ok!). oleh kerana usia perkahwinan dah hampir mencecah usia dua tahun, kami fikir masanya sudah tiba untuk kami mengumpul aset untuk masa depan kami dan juga anak-anak kelak. oh baru ku tahu bukan senang urusan membeli rumah ni, rupa-rupanya banyak sangat proses yang perlu dilalui, banyak perkara yang perlu ditimbang tara. bukan semudah membeli pakaian ataupun keperluan dapur. bukan juga semudah proses membeli kereta. pilih jenis kereta, mohon loan bank, lulus loan bank, tunggu stok kereta sampai dan taraaaa!dah boleh pakai...NO!NO!NO!(a big no ok?!!)
sebelum membuat keputusan membeli rumah, banyak perkara yang perlu diketahui, kena study ok pasal rumah?macam nak exam pula rasa, at least pembeli rumah perlu tahu tips dan panduan membeli. supaya kelak kita tidak tertipu dengan pemaju gara-gara keterujaan untuk memilik rumah sendiri. ingat!perlu banyak membaca dan dapatkan panduan yang betul tau!
antara perkara asas yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan muktamad:
- kawasan rumah yang ingin didiami - ini adalah perkara pertama kami suami isteri pilih. bagi pasangan yang satu negeri, satu daerah atau mungkin lebih bertuah, satu kampung..mungkin lebih mudah untuk mereka membuat keputusan. bagi kami pasangan yang berlainan negeri, perlu juga ambil kira pandangan keluarga. nanti ada yang terasa hati tau..hihii. tapi apa-apa pun keputusan ditangan anda suami isteri. paling penting jarak kawasan pilihan sesuai dengan tempat kerja anda!:)
- jenis rumah yang diidamkan - saya pasti semua orang inginkan rumah yang selesa dan privacy serta mempunyai laman sendiri. pastinya rumah banglo memiliki ciri-ciri itu. tapi tidak semua orang bertuah untuk memiliki rumah mengikut citarasa dan kehendak mereka. di kawasan yang kami pilih, sangat sukar ok nak cari rumah banglo..kalau ada diluar kawasan pilihanlah selalunya. *sigh*
- harga rumah mampu milik - semak status kewangan anda. pastikan harga rumah yang diidamkan didalam lingkungan harga mampu milik. memang perlu buat kira-kira ok! harga semasa rumah sekarang sangat mahal ok. dan akan meningkat tahun demi tahun. perlu berbincang dan bersepekat diantara suami dan isteri. toleransi ok?
- kawasan persekitaran rumah - perkara ini tidak kurang penting bagi saya. faktor kejiranan serta kawasan disekiling rumah perlu diambil kira. saya seorang yang penakut ok! jadi sangat sangat memerlukan rumah yang dikelilingi jiran tetangga yang ramai. kanan, kiri, depan, belakang kena ada jiran!hahAHA. apa-apa jadi kelak senang nak minta tolong. apatah lagi saya ni sering keseorangan di rumah :(
- kemudahan/fasiliti asas - jangan salah pilih kawasan rumah! nanti susah nak hantar anak sekolah, hantar anak ke klinik, susah nak dapatkan barang mentah etc..kemudahan asas seharusnya senang diakses dari rumah yang dipilih.
- pinjaman perumahan - ini juga perkara penting perlu dibincang bersama. anda boleh mohon pinjaman bank atau pinjaman perumahan bagi pekerja kerajaan. pinjaman bank hanya meluluskan 90% daripada permohonan pinajaman anda ye. manakala pinjaman kerajaan akan membeli kelulusan 100%. selalunya pinjaman kerajaan ni, bila dah masuk rumah baru mula bayar pinjaman. samada nak memohon pinjaman bersama atau tidak. kalau suami anda seorang yang kaya raya dan berkemampuan, mungkin anda tidak perlu mengusik duit gaji anda untuk bayaran rumah!gaji anda untuk joli aje!hahAA.
hah?macam mana?susah hokei nak beli rumah ni..perlu fikir semasak masaknya sebelum membuat keputusan muktamad. tidak hairan kalau suami isteri boleh bercakaran manja selama proses membeli rumah. sebab dua-dua pun ada pendapat dan citarasa sendiri. keputusan membli rumah adalah keputusan terbesar dalam hidup selepas kahwin! mungkin sebab ia melibatkan pelaburan wang yang sangat banyak, tapi demi masa depan you all laki bini jugakk!*wink*
♥ we are in lurve ♥
Friday, August 17, 2012
Aidilfitri datang lagi.
alhamdulillah berkesempatan menyambut aidilfitri 1433H sekali lagi, bersama suami tercinta yang semestinya..tapi hati sedih sebab Ramadhan yang penuh berkat dah hampir berlalu..macam mana dengan amalan tahun ni ye?terasa banyak lompong sana sini..menyesal rasa hati tidak memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sepenuhnya..:(
pertama kali beraya dengan keluarga mertua, berjauhan dengan mamanda dan adik beradik yang lain, hati sangat sedih ok..sangat tak ada mood nak beraya..(dan sekarang saya masih di ofis, di hujung minggu..tatkala semua orang sudah cuti dan balik kampung hehe) pura-pura sibuk dengan kerja di pejabat untuk mengambil hati sendiri..supaya tak terasa dengan kesibukan dan semangat raya orang lain..hehehe..memang keluarga mertua dah macam keluarga sendiri..tapi tetap rasa kelainannya bila tak dapat berhimpun beramai-ramai di malam dan pagi raya..suasananya tetap tidak sama..apatah lagi suami kerja pada malam raya..bertambah sedih..raya kedua, ketiga dan seterusnya pun dia kerja ok..sangat mendukacintakan..hehhe..
selamat hari raya semua..
selamat bergembira bersama keluarga tercinta..
dalam berseronok jangan lupa jaga makan ye! (peringatan untuk diri sendiri, ;))
potret raya yang tak seberapa..tak ada mood nak edit..hahaha (mogok!)
♥ we are in lurve ♥
Friday, July 20, 2012
food lover #1
my home cooking collection.
ini baru sikit ok. cewah riak. bajet sedap sangat. (sedap la untuk perot i dan hubby, hihiii)
hanya untuk jamu mata dan cuci perot ok.
kalau terliur masak sendiri. kikiki
kerabu sotong |
telur bistik.dah hilang sikit encik suami paw. |
hubby's fav ayam goreng kunyit. |
rendang ayam my fav. |
sayur campur segala bagai. |
gulai udang. |
eh?apasal tiba2 ada ni??kata home cooking???haHAHA |
dah2 sila lap air liur masing. kehkehkeh
♥ we are in lurve ♥
Salam Ramadhan 1433H.
Alhamdulillah. dipertemukan lagi dengan Ramadhan kali ini..syukur Allah masih pinjamkan kita nyawa untuk bernafas dan menghadapi persediaan menyambut bulan puasa yang penuh berkat..a
Nampaknya tahun ni tahun suami laa..sebab bakal menyambut puasa di rumah mertua dan jugakkk raya nanti..wuwu rela dalam terpaksa..ada jugak yang bergenang airmata ni..hihiii..semalam pun tengok drama 7 Ramadhan kat tv3, yang Ellie Suriati jadi ibu tu dah nangis macam budak kecik kena curi gula-gula kat tangan..hahAhA..sangat terasa ok drama tu..lagi2 sedih teringat kat mamanda kat kampung, tak dapat sambut puasa dan raya bersama..bertambah sedih lagi bila tahun ni i terpaksa bersahur dan berbuka sorang2 saja..jadual kerja suami sungguh menjengkelkan dan tidak bersimpati langsung dengan nasib isteri..wuwu sebak sungguh la haii..:(
Ok dah tak mahu nangis berdukacita dah..esok nak puasa malam ni nak berterawikh..kena ceria dan semangat2 sikit..hihi korang semua dah shopping persediaan puasa?i dahhhh..hahaA bajet aku sorang je dah..
hasil shopping sorang2 pagi tadi.hihii
eh, korang buat apa tu?duk fikir2 nak masak apa sahur pagi esok ke?hehe i tak payah susah2 fikir..confirm mak mertua yang siapkan semua..kihkihkihh
eh eh, ada orang cuba nak pecah masuk rumah!rindunya kat mimi..nanti chiq jah balik kg kita jumpa ye sayang?
SELAMAT BERPUASA SEMUA. SEMOGA SEGALA DOA DAN AMALAN KITA DITERIMA ALLAH SWT. AMIN
♥ we are in lurve ♥
Wednesday, July 4, 2012
hello july.
assalamualaikum.
it's been soooo longgggg since my last entry (alah 3 minggu je..kekeke). i'd been super duper busy this time around. oh how i miss writing and blabbing in this blog.
alhamdulillah, Allah lend me a strength to fasting today. i woke up early today, yes for sahur of course (my MIL kejut ok!hihi). and now i start yawning (uarrrghhhh), my eyes about to close while i tap the keyboard. this morning i rushed to my office, because i'm supposed to have class at 11am and i do not prepare anything!huhh sangat rushing ok!later on, my student called me, "Puan, kelas kami tinggal 10 orang je, yang lain semua exam MUET" ahhh, buat penat saja aku kalut malut dipagi hari. kalau tahu, aku tidur kejap pagi tadi. nak marah tapi macam bagus jugak kelas batal. hahAhaA bagus punya cikgu kan?!
oklah, tonight is Nisfu Syaaban right?since today is 14 Syaaban, so this maghrib is 15 Syaaban. marilah kita melakukan amal ibadat sebanyak mungkin. berdoa, baca quran, baca yasin, solat sunat dan lain-lain. moga amalan, doa dan taubat kita diterima Allah.
"Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah
datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit
dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa,
sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah
mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan
dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan
riba�, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu
domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan.
Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka
benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya" - sumber
nota kaki: maksudnya lagi 15 hari bulan Ramadhan akan menjelang.semoga sempat bertemunya.
♥ we are in lurve ♥
Thursday, June 14, 2012
Wednesday, June 13, 2012
rabu yg sepi.
hari ni i puasa.
bosan padahal kerja banyak.
ini hasil yang i dapat. :P
silalah muntah beramai-ramai.
footnote: makin berhabuk eh blog i ni?:P
♥ we are in lurve ♥
Thursday, May 31, 2012
jodoh kita sampai disini.
Wednesday, May 23, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Duit sang isteri bukan milik sang suami!
Wahh tajuk?!hihii entri ini tidak melibatkan mana-mana pihak sama ada yang masih hidup atau sebaliknya. ianya hanyalah panduan supaya kehidupan bekeluarga lebih bahagia.sila noted ok!:P
Islam memandang tinggi pengorbanan kaum isteri keluar bekerja bagi membantu suami membiayai keperluan keluarga. Isteri hanya membantu menambah bahagian yang tidak cukup setelah suami berusaha bersungguh-sungguh. (take note plisss!).
Kalau suami bekerja tetapi enggan menggunakan duitnya untuk menyara keluarga kerana telah membenarkan isterinya bekerja (si isteri berduit jugak), si suami jenis ini tergolong dalam kategori suami yang zalim dan dilaknat oleh Allah swt.
Malahan sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang aliksi isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak MUTLAK si isteri. Sekiranya suami berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri.
Membantu meringankan beban suami bukan beerti suami terlepas daripada tanggungjawab.
Semoga jadi panduan kita bersama dalam melayari bahtera dan kerukunan rumah tangga.
:):):)
sumber: Majalah Wanita Mei 2012
♥ we are in lurve ♥
Wednesday, May 16, 2012
not so wordless wednesday.
eh?orang semua sibuk ber'wordless wednesday', i plak nak membebel sikit hari ni.boleh??haHA
nak cerita kejadian tengahari tadi. i keluar makan dengan bestie2 dekat ofis ni. naik kereta sikit punya jauh..belok punya belok, tuptup kedai yg kami nak pergi makan tengahari tu tutup.ceitpodah!dah laa kedai tu agak jauh..oklah fine, patah balik pergi makan dekat kedai yg selalu kami sarapan, kira U-turn 360 degree lah pulak.hehe (abis minyak tuan punya kereta ;D;D)
kedai tu agak ramai oranglah (kami sampai pon dah habis separuh masa lunch break), sebab kedai tu agak famous dengan nasi kukus dan lauk dia pon boleh tahan sedaplah..i ambik nasi kukus+ayam goreng+ulam timun+air teh'o'beng,.i ni jenis suka cedok kuah tu, cedok kuah ni..lepas tu kalau ada bawang, i suka kutip masuk pinggan..kadang-kadang tak makan pon, saja la kan perangai!haHA
dah duduk kat meja, apa lagi terus makan la kan perot pon dah grookgreeek. kedai ni jenis yang duduk-makan-baru kira, oklah tak kesah bukan kedai aku punya pon. dah makan habis 3/4 nasi tu, seorang lelaki ni datang nak kira, dia tanya apa yang kami makan sebab nak kira kan..so i pon sebut segala lauk pauk yang i ambik, then lelaki tu letak kertas putih dengan harga tertera kat tepi. i macam terkejut harga dia macam agak mahal dari biasa..urm tapi tak tanya terus pon masa tu sebab kepala ni duk ingat nak habiskan nasi dulu (pelahap betol!).
masa nak bayar, i tanya that guy, i ambik set nasi kukus plus air sekian2, i tanya harga satu2 tau!then i tanya, so why this price was much more higher? (sambil tunjuk kertas tertera harga tu ok, sila bayangkan..ekekeke)
dia tanya i balik, 'bukan ke ada ambik lauk lain jugak tadi?' (erk?ternganga kejap mak!)
i mestilah balas balik kan 'eh, mana ada!'
okay, so you guest what is the main issue yg i argue dengan lelaki tu?cer teka?hihiii
actually, masa lelaki tu datang kira kat meja, memang ada extra lauk yang i tak ambik pon dalam pinggan tu. i ni memang jenis suka mengepaw makanan orang lain..kikikiii kantoi!so masa dia kira tu, dia ingat lauk tu i punya, padahal i dah mention yang lauk tu i paw member punya..agaknya dia ingat i ni main-main atau pura-pura tak dengar..hahHA..
moral of the story: jangan mengepaw makanan orang lain. ataupon jangan makan selagi mereka2 tak kira total makanan kita.tau?lepas dah kira, ngepawlah banyak2!hahaHAHA
dada!
♥ we are in lurve ♥
Monday, May 14, 2012
mereka gembira, i pon tumpang gembira.
assalamualaikum.
dah tidur ke semua?awal lagi nak masuk bilik tutup lampu ni..;P i tengah tunggu incik husband balik ni..selagi jam tak pukul11 malam, selagi itu laa takkan nampak batang hidung tak berapa nak mancung buah hati pengarang jantung sorang tu!haHA
tiba-tiba bosan pulak malam ni..sebenarnya dah lama tak update blog malam2 ni (eh, bukan siang hari pon jarang ke?wakaka), entah dari mana entah datang mood nak merapu meraban malam ni..hehe
petang tadi duk chat dengan best friend masa secondary school dulu, sekarang kerja dekat sarawak..i ada story pasal dia kat entry ni, and she's married now..she got married after raya lepas, on my birthday lagi okei..hehe bangga kejap :P. her husband works in KL and the greatest news is, she's expecting!hehe bestnya.baru je lagi katanya..dia sibuk suruh i cepat2 usaha..nak anak kami besar sama2..hehe best kan kalo betol?nanti boleh laa generasi kami menyambung persahabatan kami..wahhh berangan kejap.:P i'm so happy for her..terus rasa tak sabar nak ada anak sendiri..;) insyaAllah, i yakin Allah pasti makbulkan doa kita-kita yang inginkan zuriat kelak :):):)
i ada lagi berita gembira ni. my family dah bertambah ok!eh, ada orang kahwin lagi ke?hehe taklah, my kakak sulung baru delivered a baby girl end of last month and my adik pulak baru bersalin baby boy pagi tadi!yeaaa..pagi tadi!best gila!dapat dua anak buah terus!hehe pandai diorang pakat ye?
hi aunty! nur amni sulha ni..hehe |
saya pulak muhammad hariz...hehe baru je lahir tadi..panas2 lg ni..keh2 |
alhamdulillah bertambah ahli keluarga kami..nampaknya raya kali ni, makin banyaklah chique jah korang ni kena sedia duit raya ye..
footnote: moga2 tahun depan giliran chique jah korang ni pulak ye..kikiki amin :)
♥ we are in lurve ♥
Wednesday, May 2, 2012
bulan cuti.
assalamualaikum.morning!back to the daily routine..bekerja sambil
mengadap komputer..haha ada yg cuti lagi ke?ada!teetttttt!two good
friend of mine dengan seronoknya pergi bercuti kat
Phuket..hamboiiiihh!jeles i tau!hahaha jangan lupa souvenir aku tu..:P
ada
yang tengah seronok bercuti panjang ke?ramai yang sambung cuti kan,
dari Labour day sampai laa Wesak day.mak aihh!seronok betol kan bulan Mei ni?i like!i pon akan bercuti jugak nanti..tapi x pegi mana pon kot..duduk rumah melepak dengan suami saje. haha! selamat
bercuti semua ye :)
OMG!lamanya x update
blog...blogspot pon dah lain..dah berubah sampai tak tau nak click kat
mana..bukak2 je dashboard, termenung panjang kejap..terkial-kial nak
tekan sana sini..hahaha. macam orang baru belajar nak buat blog. tak user friendly langsungkan blog ni?cess.
kemana i menghilang berbulan-bulan ni?eh, sampai ke?haha..actually i ada training attachment for 3 weeks masa awal bulan April hari tu..before pergi memang kalut settlekan apa yang patot, yelah, nak tinggal opis lamakan..lepas tu dah takde mood nak update blog, sebab sedih kena tinggal husband dan berjauhan untuk jangka masa yang panjang..3 minggu tu lama tau!macam 3 tahun je rasa..haha, tiap2 malam nak tido kena peluk kain pelikat suami..^^ so dapatlah menghayati dan memahami perasaan pasangan yang long distance relationship..it was definitely tough for me, and i'm so impress for those couples who were so strong facing all the LDR difficulties.
kemana i menghilang berbulan-bulan ni?eh, sampai ke?haha..actually i ada training attachment for 3 weeks masa awal bulan April hari tu..before pergi memang kalut settlekan apa yang patot, yelah, nak tinggal opis lamakan..lepas tu dah takde mood nak update blog, sebab sedih kena tinggal husband dan berjauhan untuk jangka masa yang panjang..3 minggu tu lama tau!macam 3 tahun je rasa..haha, tiap2 malam nak tido kena peluk kain pelikat suami..^^ so dapatlah menghayati dan memahami perasaan pasangan yang long distance relationship..it was definitely tough for me, and i'm so impress for those couples who were so strong facing all the LDR difficulties.
okeh2, cukop2 xmo
sedih2..hehe. i baru balik dari KL ni, last weekend, i went to KL book
fair at PWTC for book selection for library purpose. orang sangat ramai
sampai jalan pon rasa nak pijak2 je kaki orang..haha memang lautan
manusia yang suka buku ke sana. ke ada yang ke sana sebab nak shopping
baju?of course taklah kan!:P tapi on Saturday tu, orang berkurangan to
the half, why?semua orang takot nak keluar rumah gara-gara BERSIH yang
tak berapa nak bersih tu..semua orang just stay at home kan..bagus
jugak, at least, i yang kat PWTC ni selamat tak perlu nak bersesak-sesak
dengan orang ramai..phewwww~!
the place we stayed. enterprem sikit.:P
footnote: i saw one of my colleague googling about how to plan for a baby girl..owh, she was planning for the second already. i am too far behind.
♥ we are in lurve ♥
Saturday, March 17, 2012
langkawi, here i come!
continue last update.dah berminggu2 baru nak update lagi.sikit punya malas.hahA.
gambar sangat banyak. dah upload satu2 sangatlah lambat sebab internet bapak lembap.
menyakitkan hati betol.
apartment we stayed.nice place ok! |
Having laksa.not so bad. |
pinjam ye kak topi ni.nak posing kejap, beli tak mau.haha |
perbincangan serius ni. |
parent-in-law yang sangat best. |
trademark langkawi. asal sebut langkawi, terbayang dia ni laa.. |
pose terpaksa.hahaha |
macam sebaya je kan?:P |
haruslah bergambar dengan coklat.:P |
in front of jetty point.FIL suruh bergambar.kikiki |
my lil brother. he is growing up dowh! |
that's all.
semput tengok piccas?hahA.
sila jangan muntah hokey!
Subscribe to:
Posts (Atom)